30 December, 2010

Public Holiday 31 Dec 2010

- post edited -

Nak buat apa lagi? emmm tu je setakat ni kejap jer 3 hari tu. Nak tulis siapkan sewing project yg terbengkalai nanti kan pressure plak nak siap kan...nnt tak siap2 gak (alasan semata-mata). Tapi asal je bentang kain nak potong terus ada yg terkedek2 join sama siap dok atas kain lagi..camno??
antara projek sakit/tergendala (comel kan kain tu :P)
* Kain beli kat sini. ZoneSaya takde kena mengena dengan owner blog tu yer cuma kain dia cantik2


28 December, 2010

Happy Holiday...

Holiday la sangat...org lain yg berholiday, aku macam biasa kat office. Cuti tinggal lagi 2 hari...carry forward la bukan ada nak pegi mana pun.
Hujung tahun 2010 lagi 3 hari nak new year...office pun sepi jer...pegi keja tak jem (padahal kuar lambat giler hihihiii).

Gambar lama mkn2 kt office. Fruit tart tempah online kat Kak Ida bakery

17 December, 2010

Cheese Cake




Nota kaki : Tak blh pakai biskut digestive....manisss sgt!

*As usual photo taken by camera iphone je...

Bubur Nasi lagi..

Kalau tak silap ni Bubur Nasi + ayam + carrot + brocolli.
masak macam biasa ler...




Ni plak rasanya bubur nasi + ayam + kentang + bunga kobis + daun sup
Gambar lama lupa dah masak apa.

16 December, 2010

15 December, 2010

Bubur Nasi Purple untuk si kecil

Jangan risau, bubur ni tak payah letak pewarna...ni dia rupanya pewarna semulajadi tu hehehee






Actually nak masuk kan dalam bubur dgn ayam sekali..tapi bila tgk kan "meriah" je purple colour tu tak jadi. Buat bubur nasi+keledek purple+kurma. Ala2 dessert ...ada manis2 kurma & keledek.


Bubur Nasi+Keledek Purple+Kurma.
Masak nasi macam biasa bila dah masak masukkan keledek yg dh dipotong. Keledek dah masak masuk kurma sikit/sebijik je sbb keledek pn manis jugak (ikut suka atas kemanisan kurma tu). Tunggu sejuk & blend...siap.


Terlebih blend sampai hancuss

14 December, 2010

Menu Makanan Bayi II

Stage II - 8-9 bln (according to my baby je...anak org lain tak tau)

Masa dia dah 9 bln baru betul2 dia buka mulut, makan & tak sembelit... Camner kurangkan sembelit baby tu citer next time.

Ni antara yg pernah bagi kat baby at this stage:-

Bubur nasi + betik
Basuh sesudu beras & masak dgn air banyak mcm biasa, dah masak bl kurang panas masuk dlm blender dgn betik potong sekali...dah siap. Betik tak perlu masak
Bubur Nasi + Keledek
Basuh sesudu beras & masak dgn air banyak mcm biasa, nasi hampir masak blh masuk keledek. sekejap je keledek dah masak. Pastu blh blend
  
Idea untuk bubur lain:-

Bubur Nasi + Kentang 
Bubur Nasi + Carrot
Bubur Nasi + Brocolli
Bubur Nasi + Bayam
Bubur Nasi + Bunga kobis
Bubur Nasi + Keledek

Semua ni masak sama cara dgn keledek cuma agak2 bahan kedua tu dah masak belum. Macam sayur tu masak sekejap je, tak perlu lama. Nanti nak panaskan jugak bila bagi kat baby nanti...berapa kali panas dah kan.

08 December, 2010

Will be away!

1st time akan tinggalkan my bucuk bucuk baby...1 night je. Abg dh besar xde mslh. Office team building...dekat je. Lps piki punya piki decided tak bawa breast pump. Why...?
- tgk kan agenda masa terhad sgt. Malas nak kecoh org cari plak time mengepam
- satu mlm je
- mana nak simpan susu lps pam, mlm ok la kt bilik time day session uhhh malas nak piki apalagi nak dengar soalan2 dr org lain aiyakkk..
So tgklah macam mana nanti...redah je.
Bab makanan pulak...mlm tadi dh masak siap2 utk extra 2 hari. Terpaksa lah Adik makan frozen bubur. Harapkan papanya masak...oh NO NO NO! Sbb xde ayam buat bubur nasi dgn carrot, broccoli & cauliflower plus cheese.

Panaskan butter, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang & bawang putih sebiji. Masuk beras dh masak/kembang masuk sayur sekejap je & parutkan cheese kacau..siap. Saya selalu sejukkan sblm blend.

01 December, 2010

Menu Makanan Bayi

1st entry...makanan bayi. Kenapa makanan bayi?...sebab dah takde idea nak bagi anak makan apa. So boleh recall balik apa yang dah bagi @ belum bagi & blh tumpang tanya En Google. Anak ke-2 si adik dah 10 bln+...ni antara menu yang bagi kat dia sejak dia 6 bln. Dia cuma betul2 start makan masa 9 bln je. 1st stage kira tak makan sgt coz dia tak nak & sembelit teruk.

1st Stage: 6-7 bulan
Puree Kentang - rebus & blend (atau lenyekkan je sebab kentang akan melekit skit kalau terlebih blend)

Puree Pisang, betik - blend/lenyekkan halus utk 1st stage nie

 Makanan lain yg blh dijadikan puree:-
- keledek/sweet potato, carrot
- nasi (kalau 1st time bagi blh blend, tapis & amik yg cair tu je)
- epal (ni si adik tak suka langsung & mamminya pun tak blh terima di lidah hahahaa...pastikan try dulu baru bg kat baby yer)
- pear, labu, peas (tak penah buat)


Puree kentang, carrot, epal, sweet potato, peas boleh dibekukan. 1st stage ni tak bagi any frozen puree kat si adik time tu coz puree tak amik masa lama nak masak hehehe & kekadang bila cairkan jadi lain mcm...tapi sangat berguna utk sesapa yang tak sempat masak hari2

Anakku suka puree kentang tp lepas tu dia akan kembung...so kena tgk penerimaan anak. Si kecik tu cuma makan sejenis mkn sekali dua saja, cth puree kentang 2 kali je, kali ke-3@hari lain dah tak nak....sama gak pisang....emmmmm. Cuma betik dia blh telan, tu pun skit2 skali makan....betik utk elakkan sembelit teruk.