30 September, 2011

Apa yang aku tak suka bila naik lrt

Panjangnya tajuk....nak membebel kena la panjang. Ni yang sempat listkan setakat ni. Nanti teringat apa2 tambah lagi..amboii :P. Apa yang aku tak suka masa dlm lrt.

Bunyi muzik yang kuat dr headphone
Dah pakai headphone tu tp stil tkeluar gak yerr bunyi. Mcm mna la org mcm ni blh dgr bunyi kuat kt direct kat lubang telinga. Menyampah sungguh aku dgn org mcm ni...dah sah headphone gunanya tak nak bg org lain dgr apa yang korang dgr kan? makin kuat la plak

Bercakap kuat2...
Adoiiii laa...bab ni pun sama. Tapi ada beberap jenis org yang biasa buat peel ni. Antaranya 'foreign' & local jugak yang rasa kita tak paham bahasa dia. Sabo je la. Heran aku org yang blh bercakap byk & kuat2 non stop ni nak2 ada org ramai sekeliling.

Bercakap kuat lagi...
Yang ni bercakap jugak tapi lain skit. Dia dok jauh antara satu sama lain tap stil nak berkomunikasi gak. Mcm mna tu??? Haihhh dah dok jauh tak blh dok diam2 ke nak jugak bckp yer. Ni pun jenis yang rasa kita tak paham bahasa dia...selalu geng pak mak arab @ pak hitam. Dia blh je ckp sesama dia tak agak2 org keliling bkn kategori bckp dah tu melaung melalak ada la.

Berebut seat
Panjangkan ayat dia...lelaki berebut seat dgn pompuan. Mmmmm...aku naik lrt selalunya dh lambat dlm kul 9 baru nak naik (amboii ...company sendiri kerrr). Aku park keta kt lrt. Time mcm ni selalunya xde org sgt & tempat duduk pun byk. Apa lah salah nya kita tu lelaki, bg aku laaa, masuk lrt tu relax la kalu ada seat duduk la, kalau xde tak pyh la berebut dgn makcik & ahkak2 ye.

Berdiri depan pintu
Yy ni lg tak paham...kenapa nak melopong depan pintu kalau bkn nk turun terus pun. Aku penah kena dgn orang mcm ni dok melanggut dpn pintu bila org mintak lalu (excuse me) dia buat dek jerrr...pastu org terlanggar dia, dia buat bunyi plak....luku kepala tu baru tau. Tak reti bahasa org dah minta lalu buat tak dengar bila org langgar buat bunyi & muka kononnnn.  Selalunya kalau sorang masuk terrrrrlanggar sure yang belakang2 nanti pun akan langgar jugak sapa kat depan tu...amik ko.

Yg tak berapa pasti
Yang ni plak pesen tak sure nak turun mana tp tak nak tya org. Pastu duduk antara nak duduk dgn tidak. Dia akan duduk skit je bontot terkeluar gitu pastu org yang berdiri dpn dia pun terkebelakang dgn tgn kat pemegang tu. Paham tak...? Kepala dia tejonggol sana sini kiri kanan depan belakang... Kalau tak sure tak reti nak tya kah? Confirmkan senang dari dok terkial bangun pun tak duduk pun tak jenguk sana paling sana sini.

Tak reti nak beratur
Yg ni very common laa sgt. Selalu aku jupe time nak balik keja & stesen aku naik klcc yg mmg ramai umat turun naik. Selalu dlm kul 7mlm lebih....dia mundar mandir pastu bdiri depan pintu. Biasa org bdiri kiri@ kanan tepi pintu. Tp dgn selamba dia dok dpn pintu. Nak lagi buat aku menyampah sambil buat benda lain either baca buku, bckp kt hp, belek2 hp, belek2 beg dia. Pesen macam ni tak nampak ke ek org lain beratur...w/p time org tak ramai beratur tetap beratur laaaa!! Ada kategeri yang sama jugak.....tak beratur bila pintu train bukak je dia serbu...haiiiihhh datang dari planet mana la.

Yg baca paper
Eihh baca paper pun ko tak suka? Yg sebok baca paper smpai kena batang hidung org okeyyyy! Biasa yang berdiri & yang kena pun berdiri & dgn keliling yang padat sgt. Kalo ko duduk smbil baca paper xde 'libas' (ayat x tahan) muka org tak pe la. Tau la membaca amalan mulia tp mulia hatokkk kau kalau asyik kipas muka aku ni!  




24 June, 2011

Fasa Seterusnya III

Bubur Nasi Jagung + Roti Telur
Citer menu lagi hari ni...hari ni nak cepat kena pg office awal (bkn aku tp hb aku). So menu lunch paling senang la, bubur. Kali ni bubur nasi jagung. Sebab masuk jagung yang diblender. Campur sekali dengan ayam, kentang & daun sup skit. Masak macam biasa...
Breakfast sama lagi untuk hari kelima...hehehee roti letak cheese celup telur, bakar atas kuali tanpa minyak. 
Pagi tadi tanya penjaga a.k.a Cikgu dia, katanya makan jer cuma yg semalam (macaroni goreng) mcm tak berapa suka. Emmmm...malam tadi aku panaskan macaroni yang sama suap dia makan ok jer. Laju jer makan...walaupun kat tangan ada roti. Ikut mood kot?

23 June, 2011

Fasa Seterusnya II

Time tengah rajin ni nak letak menu si adik untuk Rabu & hari ni, Khamis jugak. Selasa sama je menu dengan Isnin cuma ganti sup ayam.

Menu hari rabu:

Breakfast :
Roti dgn cheese celup telur...bakar atas kuali tanpa minyak.

Lunch :
Nasi goreng - tumis bawang besar masuk ayam yg dah dicincang. Masuk telur, kacau2 last masuk nasi & carrot yg dah dicincang jugak. Siap

Puding Mangga - Masak serbuk agar2 mcm biasa campur dgn mangga yg diblend halus. Tapis masuk dlm bekas. Tak tau le bila penjaga dia bagi makan yg ni.

Nasi goreng, puding mangga & roti lebih breakfast dia letak sekali dlm tu.

Ni plak menu hari ni;

Pagi sama dengan semalam jugak. Roti+cheese celup telur. Goreng/bakar tanpa minyak.
Tengah hari Macaroni goreng - Macaroni rebus mcm biasa, pastu aku cincang/potong biar kecik2 skit. Pastu goreng mcm biasa. Aku just tumis bawang besar masuk ayam cincang, masuk sos spagghetti skit. Bagi ada rasa skit. Dah siap.
 
Ni balance bekal
Nota Kaki : Harap2 anak aku makan la. Kalau kat rumah memang ler makan kat nursery camner? Kalau tanya penjaga dia mestila ckp makan tapi makan banyak ke sikit ke...emmmm