23 June, 2011

Fasa Seterusnya II

Time tengah rajin ni nak letak menu si adik untuk Rabu & hari ni, Khamis jugak. Selasa sama je menu dengan Isnin cuma ganti sup ayam.

Menu hari rabu:

Breakfast :
Roti dgn cheese celup telur...bakar atas kuali tanpa minyak.

Lunch :
Nasi goreng - tumis bawang besar masuk ayam yg dah dicincang. Masuk telur, kacau2 last masuk nasi & carrot yg dah dicincang jugak. Siap

Puding Mangga - Masak serbuk agar2 mcm biasa campur dgn mangga yg diblend halus. Tapis masuk dlm bekas. Tak tau le bila penjaga dia bagi makan yg ni.

Nasi goreng, puding mangga & roti lebih breakfast dia letak sekali dlm tu.

Ni plak menu hari ni;

Pagi sama dengan semalam jugak. Roti+cheese celup telur. Goreng/bakar tanpa minyak.
Tengah hari Macaroni goreng - Macaroni rebus mcm biasa, pastu aku cincang/potong biar kecik2 skit. Pastu goreng mcm biasa. Aku just tumis bawang besar masuk ayam cincang, masuk sos spagghetti skit. Bagi ada rasa skit. Dah siap.
 
Ni balance bekal
Nota Kaki : Harap2 anak aku makan la. Kalau kat rumah memang ler makan kat nursery camner? Kalau tanya penjaga dia mestila ckp makan tapi makan banyak ke sikit ke...emmmm

No comments:

Post a Comment