24 June, 2011

Fasa Seterusnya III

Bubur Nasi Jagung + Roti Telur
Citer menu lagi hari ni...hari ni nak cepat kena pg office awal (bkn aku tp hb aku). So menu lunch paling senang la, bubur. Kali ni bubur nasi jagung. Sebab masuk jagung yang diblender. Campur sekali dengan ayam, kentang & daun sup skit. Masak macam biasa...
Breakfast sama lagi untuk hari kelima...hehehee roti letak cheese celup telur, bakar atas kuali tanpa minyak. 
Pagi tadi tanya penjaga a.k.a Cikgu dia, katanya makan jer cuma yg semalam (macaroni goreng) mcm tak berapa suka. Emmmm...malam tadi aku panaskan macaroni yang sama suap dia makan ok jer. Laju jer makan...walaupun kat tangan ada roti. Ikut mood kot?

23 June, 2011

Fasa Seterusnya II

Time tengah rajin ni nak letak menu si adik untuk Rabu & hari ni, Khamis jugak. Selasa sama je menu dengan Isnin cuma ganti sup ayam.

Menu hari rabu:

Breakfast :
Roti dgn cheese celup telur...bakar atas kuali tanpa minyak.

Lunch :
Nasi goreng - tumis bawang besar masuk ayam yg dah dicincang. Masuk telur, kacau2 last masuk nasi & carrot yg dah dicincang jugak. Siap

Puding Mangga - Masak serbuk agar2 mcm biasa campur dgn mangga yg diblend halus. Tapis masuk dlm bekas. Tak tau le bila penjaga dia bagi makan yg ni.

Nasi goreng, puding mangga & roti lebih breakfast dia letak sekali dlm tu.

Ni plak menu hari ni;

Pagi sama dengan semalam jugak. Roti+cheese celup telur. Goreng/bakar tanpa minyak.
Tengah hari Macaroni goreng - Macaroni rebus mcm biasa, pastu aku cincang/potong biar kecik2 skit. Pastu goreng mcm biasa. Aku just tumis bawang besar masuk ayam cincang, masuk sos spagghetti skit. Bagi ada rasa skit. Dah siap.
 
Ni balance bekal
Nota Kaki : Harap2 anak aku makan la. Kalau kat rumah memang ler makan kat nursery camner? Kalau tanya penjaga dia mestila ckp makan tapi makan banyak ke sikit ke...emmmm

Fasa seterusnya

Minggu ni start sediakan makanan lain skit utk si adik. Dia dah masuk setahun 5 bln dah sebenarnya. Tapi makanan dia mcm tu je semua berasas bubur/sup. Smua kena pakai sudu. Hari tu tanya pengasuh kt nursery dia. Katanya blh je suapkan mknanan biasa. Ni yg letih nak piki bila bg makanan biasa risau org x betul2 tgk dia mkn ke. Nnt tersedak ke lekat ke? Camner? Tangan bersih tak nak suap pakai tgn hishhhhhhh.
Tp sampai bila plak nak bg bubur je kat anak kan. Dh makin besar ikutkan dia dh pandai makan mcm2 kalau kt rumah tp sendiri monitor xde nak risau...

So hari ni menu dia Isnin; Nasi putih isi ayam goreng,  isi ikan merah goreng, sup isi ikan merah + Puding roti. Ikan & ayam goreng kunyit skit tanpa garam. Aku pn tak pasti umur brp mknan dia dh blh masuk garam? Yg pasti kalau bg apa2 makanan luar sure la ada garam, gula, etc kan. Nak buat cmner selagi blh control yg masak sndiri tu jaga je la. Kekadang husband aku pn bagi air teh kat dia wpun ckp byk kali jgn. Ketuk kepala papa dia! Aku siap labelkan bekas puding utk pagi@petang. Nasi dgn lauk2 tu utk lunch hahahaa...ntah apa la penjaga dia piki. Pagi biasanya mmg ada bg dia pegang apa2 makanan mcm pagi ni roti dgb peanut butter (lebih bekal abg dia pg tadika hehehe) Gambar puding je ada, nasi& lauk lain xsempat daaa...pagi2 nak cepat.   

(Puding roti bakar tanpa susu cair)

14 June, 2011

Tudung lagi...

Bukan nak citer beli tudung lagi, tapi dah lama tak beli tudung online. Asyik menunggu kat Sugarscarf tu pun tak sempat. Dasyat betul biz diaorg lps update blog 15 minit pun still tak sempat nak merembat tudung2 diaorg. Pembeli tunggu diaorg bkn diaorg cari pembeli....tak tahan. Tak boleh jadi kena cari alternative lain plak. Ada beberapa blog online yg aku pernah beli selain SS ni tapi tak berapa best dr segi material tudung la, reply email & bab posting barang aku tak berapa berkenan. Ada gak yg terlebih famous sampai harga pun terlebih sudahhh. Tak nak aku layan blog macam tu.
Bukan tak nak pegi Jln TAR tu tapi xde masa la haii...weekdays keja...weekends dikerjakan anak2 la plak.

Ni antara bbrapa blog yg aku pernah/selalu intai tiap2 minggu, tapi tengok je tak beli hehehe. Dgn radiusite pernah beli sekali, ok la. Yg satu tu baru.


http://www.radiusite.com/ - cantik giler color ni tapi harga..uhukk uhukk..


 http://fancylovelylily.blogspot.com/ - cun gak polka dot ni & tak penah ada ada color peach mcm tu



 http://adreesya-cute4u.blogspot.com/ - terbaru ni tapi harga not my budget for normal daily use hehehee berkira

13 June, 2011

Pre-raya Preparation

Oppsss....semangat nya nak raya. Selalu bab raya preparation ni sure last minute. Semua benda main rembat jer, kuih/biskut raya, baju raya especially. Time mlm nak balik kg tu  la sebok cari sampai dapat. Penat giler...

Semalam bawak anak2 jalan sambil makan cendol kat Tmn Tasik Titiwangsa , lepas tu berjaya mengajak en. suami ke Jakel. 1st time pegi Jakel, Jln TAR. Ramainya manuasia...

Sempat la merembat 2 pasang je kain cotton. En suami pun rembat sama kain baju melayu matching terus...eh dia pun nak. Beli sekali utk Abang & Adik. Lari tema daaa...plan nak color grey tahun ni. Tapi semalam dah terembat color purple-dark purple plak. Selalu beli baju dah siap harga lebih kurang RM120-150 balik terus pakai. Ni beli sepasang RM150 & satu lagi RM120. Japanese Cotton-polynosic kaedahnya. Rasa mahal giler sbb nak hantar jahit lagi dlm + RM60 utk baju kurung biasa. Adoiii...macam menyesal beli kain ishhh...takpe lah baju kurung xpe blh pakai pegi mana2 pun...ahaaa :P. Misi cari kain raya dah siap, nak tambah 2 pasang baju kurung moden siap je lagi. Selalu beli baju kurung moden dah siap senang, amik je saiz S ok je pakai.  Nak gak cari baju color grey & pink satu lagi...kain viscose pun best jugak. Cuma lepas pakai bkali2 kain senget daaa.