30 September, 2011

Apa yang aku tak suka bila naik lrt

Panjangnya tajuk....nak membebel kena la panjang. Ni yang sempat listkan setakat ni. Nanti teringat apa2 tambah lagi..amboii :P. Apa yang aku tak suka masa dlm lrt.

Bunyi muzik yang kuat dr headphone
Dah pakai headphone tu tp stil tkeluar gak yerr bunyi. Mcm mna la org mcm ni blh dgr bunyi kuat kt direct kat lubang telinga. Menyampah sungguh aku dgn org mcm ni...dah sah headphone gunanya tak nak bg org lain dgr apa yang korang dgr kan? makin kuat la plak

Bercakap kuat2...
Adoiiii laa...bab ni pun sama. Tapi ada beberap jenis org yang biasa buat peel ni. Antaranya 'foreign' & local jugak yang rasa kita tak paham bahasa dia. Sabo je la. Heran aku org yang blh bercakap byk & kuat2 non stop ni nak2 ada org ramai sekeliling.

Bercakap kuat lagi...
Yang ni bercakap jugak tapi lain skit. Dia dok jauh antara satu sama lain tap stil nak berkomunikasi gak. Mcm mna tu??? Haihhh dah dok jauh tak blh dok diam2 ke nak jugak bckp yer. Ni pun jenis yang rasa kita tak paham bahasa dia...selalu geng pak mak arab @ pak hitam. Dia blh je ckp sesama dia tak agak2 org keliling bkn kategori bckp dah tu melaung melalak ada la.

Berebut seat
Panjangkan ayat dia...lelaki berebut seat dgn pompuan. Mmmmm...aku naik lrt selalunya dh lambat dlm kul 9 baru nak naik (amboii ...company sendiri kerrr). Aku park keta kt lrt. Time mcm ni selalunya xde org sgt & tempat duduk pun byk. Apa lah salah nya kita tu lelaki, bg aku laaa, masuk lrt tu relax la kalu ada seat duduk la, kalau xde tak pyh la berebut dgn makcik & ahkak2 ye.

Berdiri depan pintu
Yy ni lg tak paham...kenapa nak melopong depan pintu kalau bkn nk turun terus pun. Aku penah kena dgn orang mcm ni dok melanggut dpn pintu bila org mintak lalu (excuse me) dia buat dek jerrr...pastu org terlanggar dia, dia buat bunyi plak....luku kepala tu baru tau. Tak reti bahasa org dah minta lalu buat tak dengar bila org langgar buat bunyi & muka kononnnn.  Selalunya kalau sorang masuk terrrrrlanggar sure yang belakang2 nanti pun akan langgar jugak sapa kat depan tu...amik ko.

Yg tak berapa pasti
Yang ni plak pesen tak sure nak turun mana tp tak nak tya org. Pastu duduk antara nak duduk dgn tidak. Dia akan duduk skit je bontot terkeluar gitu pastu org yang berdiri dpn dia pun terkebelakang dgn tgn kat pemegang tu. Paham tak...? Kepala dia tejonggol sana sini kiri kanan depan belakang... Kalau tak sure tak reti nak tya kah? Confirmkan senang dari dok terkial bangun pun tak duduk pun tak jenguk sana paling sana sini.

Tak reti nak beratur
Yg ni very common laa sgt. Selalu aku jupe time nak balik keja & stesen aku naik klcc yg mmg ramai umat turun naik. Selalu dlm kul 7mlm lebih....dia mundar mandir pastu bdiri depan pintu. Biasa org bdiri kiri@ kanan tepi pintu. Tp dgn selamba dia dok dpn pintu. Nak lagi buat aku menyampah sambil buat benda lain either baca buku, bckp kt hp, belek2 hp, belek2 beg dia. Pesen macam ni tak nampak ke ek org lain beratur...w/p time org tak ramai beratur tetap beratur laaaa!! Ada kategeri yang sama jugak.....tak beratur bila pintu train bukak je dia serbu...haiiiihhh datang dari planet mana la.

Yg baca paper
Eihh baca paper pun ko tak suka? Yg sebok baca paper smpai kena batang hidung org okeyyyy! Biasa yang berdiri & yang kena pun berdiri & dgn keliling yang padat sgt. Kalo ko duduk smbil baca paper xde 'libas' (ayat x tahan) muka org tak pe la. Tau la membaca amalan mulia tp mulia hatokkk kau kalau asyik kipas muka aku ni!  




24 June, 2011

Fasa Seterusnya III

Bubur Nasi Jagung + Roti Telur
Citer menu lagi hari ni...hari ni nak cepat kena pg office awal (bkn aku tp hb aku). So menu lunch paling senang la, bubur. Kali ni bubur nasi jagung. Sebab masuk jagung yang diblender. Campur sekali dengan ayam, kentang & daun sup skit. Masak macam biasa...
Breakfast sama lagi untuk hari kelima...hehehee roti letak cheese celup telur, bakar atas kuali tanpa minyak. 
Pagi tadi tanya penjaga a.k.a Cikgu dia, katanya makan jer cuma yg semalam (macaroni goreng) mcm tak berapa suka. Emmmm...malam tadi aku panaskan macaroni yang sama suap dia makan ok jer. Laju jer makan...walaupun kat tangan ada roti. Ikut mood kot?

23 June, 2011

Fasa Seterusnya II

Time tengah rajin ni nak letak menu si adik untuk Rabu & hari ni, Khamis jugak. Selasa sama je menu dengan Isnin cuma ganti sup ayam.

Menu hari rabu:

Breakfast :
Roti dgn cheese celup telur...bakar atas kuali tanpa minyak.

Lunch :
Nasi goreng - tumis bawang besar masuk ayam yg dah dicincang. Masuk telur, kacau2 last masuk nasi & carrot yg dah dicincang jugak. Siap

Puding Mangga - Masak serbuk agar2 mcm biasa campur dgn mangga yg diblend halus. Tapis masuk dlm bekas. Tak tau le bila penjaga dia bagi makan yg ni.

Nasi goreng, puding mangga & roti lebih breakfast dia letak sekali dlm tu.

Ni plak menu hari ni;

Pagi sama dengan semalam jugak. Roti+cheese celup telur. Goreng/bakar tanpa minyak.
Tengah hari Macaroni goreng - Macaroni rebus mcm biasa, pastu aku cincang/potong biar kecik2 skit. Pastu goreng mcm biasa. Aku just tumis bawang besar masuk ayam cincang, masuk sos spagghetti skit. Bagi ada rasa skit. Dah siap.
 
Ni balance bekal
Nota Kaki : Harap2 anak aku makan la. Kalau kat rumah memang ler makan kat nursery camner? Kalau tanya penjaga dia mestila ckp makan tapi makan banyak ke sikit ke...emmmm

Fasa seterusnya

Minggu ni start sediakan makanan lain skit utk si adik. Dia dah masuk setahun 5 bln dah sebenarnya. Tapi makanan dia mcm tu je semua berasas bubur/sup. Smua kena pakai sudu. Hari tu tanya pengasuh kt nursery dia. Katanya blh je suapkan mknanan biasa. Ni yg letih nak piki bila bg makanan biasa risau org x betul2 tgk dia mkn ke. Nnt tersedak ke lekat ke? Camner? Tangan bersih tak nak suap pakai tgn hishhhhhhh.
Tp sampai bila plak nak bg bubur je kat anak kan. Dh makin besar ikutkan dia dh pandai makan mcm2 kalau kt rumah tp sendiri monitor xde nak risau...

So hari ni menu dia Isnin; Nasi putih isi ayam goreng,  isi ikan merah goreng, sup isi ikan merah + Puding roti. Ikan & ayam goreng kunyit skit tanpa garam. Aku pn tak pasti umur brp mknan dia dh blh masuk garam? Yg pasti kalau bg apa2 makanan luar sure la ada garam, gula, etc kan. Nak buat cmner selagi blh control yg masak sndiri tu jaga je la. Kekadang husband aku pn bagi air teh kat dia wpun ckp byk kali jgn. Ketuk kepala papa dia! Aku siap labelkan bekas puding utk pagi@petang. Nasi dgn lauk2 tu utk lunch hahahaa...ntah apa la penjaga dia piki. Pagi biasanya mmg ada bg dia pegang apa2 makanan mcm pagi ni roti dgb peanut butter (lebih bekal abg dia pg tadika hehehe) Gambar puding je ada, nasi& lauk lain xsempat daaa...pagi2 nak cepat.   

(Puding roti bakar tanpa susu cair)

14 June, 2011

Tudung lagi...

Bukan nak citer beli tudung lagi, tapi dah lama tak beli tudung online. Asyik menunggu kat Sugarscarf tu pun tak sempat. Dasyat betul biz diaorg lps update blog 15 minit pun still tak sempat nak merembat tudung2 diaorg. Pembeli tunggu diaorg bkn diaorg cari pembeli....tak tahan. Tak boleh jadi kena cari alternative lain plak. Ada beberapa blog online yg aku pernah beli selain SS ni tapi tak berapa best dr segi material tudung la, reply email & bab posting barang aku tak berapa berkenan. Ada gak yg terlebih famous sampai harga pun terlebih sudahhh. Tak nak aku layan blog macam tu.
Bukan tak nak pegi Jln TAR tu tapi xde masa la haii...weekdays keja...weekends dikerjakan anak2 la plak.

Ni antara bbrapa blog yg aku pernah/selalu intai tiap2 minggu, tapi tengok je tak beli hehehe. Dgn radiusite pernah beli sekali, ok la. Yg satu tu baru.


http://www.radiusite.com/ - cantik giler color ni tapi harga..uhukk uhukk..


 http://fancylovelylily.blogspot.com/ - cun gak polka dot ni & tak penah ada ada color peach mcm tu



 http://adreesya-cute4u.blogspot.com/ - terbaru ni tapi harga not my budget for normal daily use hehehee berkira

13 June, 2011

Pre-raya Preparation

Oppsss....semangat nya nak raya. Selalu bab raya preparation ni sure last minute. Semua benda main rembat jer, kuih/biskut raya, baju raya especially. Time mlm nak balik kg tu  la sebok cari sampai dapat. Penat giler...

Semalam bawak anak2 jalan sambil makan cendol kat Tmn Tasik Titiwangsa , lepas tu berjaya mengajak en. suami ke Jakel. 1st time pegi Jakel, Jln TAR. Ramainya manuasia...

Sempat la merembat 2 pasang je kain cotton. En suami pun rembat sama kain baju melayu matching terus...eh dia pun nak. Beli sekali utk Abang & Adik. Lari tema daaa...plan nak color grey tahun ni. Tapi semalam dah terembat color purple-dark purple plak. Selalu beli baju dah siap harga lebih kurang RM120-150 balik terus pakai. Ni beli sepasang RM150 & satu lagi RM120. Japanese Cotton-polynosic kaedahnya. Rasa mahal giler sbb nak hantar jahit lagi dlm + RM60 utk baju kurung biasa. Adoiii...macam menyesal beli kain ishhh...takpe lah baju kurung xpe blh pakai pegi mana2 pun...ahaaa :P. Misi cari kain raya dah siap, nak tambah 2 pasang baju kurung moden siap je lagi. Selalu beli baju kurung moden dah siap senang, amik je saiz S ok je pakai.  Nak gak cari baju color grey & pink satu lagi...kain viscose pun best jugak. Cuma lepas pakai bkali2 kain senget daaa.

27 May, 2011

Mesin Jahit Tepi


Akhirnya dapat juga benda alah ni minggu lepas. Beli kat kedai Singer. Sejak beli baru sekali guna, jahit tepi tudung. Tapi tak berapa cantik lagi...tak tau nak control lagi heee. Mcm biasa sesuka hati buat tudung awning, tapi awning mcm terbesar plak. Tu la akibat suka jahit tak pernah nak ukur. Beli kain lycra 1 meter, dapat jahit satu tudung awning & 1 shawl. Shawl blm jahit tepi. Gunting lurus je nanti jahit tepi blh la lilit melilit. Senang abis citer...jimat giler kalau nanti semua shawl nak buat hihihi.... Tapi masalah nak beli kain la. Tak kan nak beli kain 1/2 meter je tiap kali nak buat shawl...ada ke kedai bagi? 1 meter blh la buat 2 shawl kot. Aku x suka panjang sgt shawl nanti susah nak selit bawah dagu.

Nanti ingat nak jahit blouse sendiri la...ewahhhhh. Jahit lurus tak lepas ada hati nak jahit blouse plak. Tak kira aaa... Kain nak testing jahit baju kurung dah beli RM28 je 4 mtr, cotton senang skit nak hentam jahit nanti. Nota jahit baju kurung ada, beli online berzaman dulu2...tp bila tgk nota tu mmg x reti la nak ikut.
Aku rasa nota yg ni >>>> SINI lagi senang...(Terima kasih la sapa yg buat tu yer) Blh google sampai skrg. Penah buat separuh jalan zaman takde mesin jahit tepi dulu ok jadi cuma nama dah separuh jln separuh baju la dapat.

24 May, 2011

DIY Beg

Hasil dari kain order kat Fabric Fanatics dulu...bersungguh sungguh jahit 1 malam siap 1 hahahaa...senget benget tak kira! Tak ukur pun main belasah jer panjang pendek. Nak pakai sendiri so ada aku kisah semua tu hahahahaa.
Beg telekung kononnya, tapi skrg dlm kereta sumbat kasut, baju, seluar untuk joging...muahaaaaaaaa. Ni bakal reput kat situ la semua ni nanti dgn beg skali!


Ni beg pakaian abang pegi nursery...ada poket & nama dengat felt. Siap border belang2. Rajin jahit tangan felt nama kat beg tu...tak tahan...ngehhh ngehhh.

Ada satu lagi kain tak buat apa2, ingat nak buat diaper stacker...tapi tak berapa sure nak hentam camner. Maklum ler aku memang suka jahit main belasah je suka hati. En Google pun tak membantu bagi pattern cun utk diaper stacker ni. Letih google, yg jual siap banyak la.

06 May, 2011

Implanon

Balik keja rabu ari tu pegi pasang Implanon ni...lama sangat tangguh dh almost 1y 4m dah si kecik tu. 2nd time c-cect so tak blh main2, kena amik langkah berjaga2.
Ehh...pasal implanon pun nak citer...? Ehh..suka hati la kata ZoneSaya hihihi...

Nak citer kt sini sebenarnya pasal harga...dah naik woo. Dulu 1st time pakai benda alah ni 2007 kot x igt plak, harga RM500 je kt klinik swasta biasa. Kali ni kt sini plak (dirahsiakan..kuikui) harga dah naik ok. Masa call tanya maybe awal tahun kot katanya RM550. Buat appoitment pastu tak pegi la pulak. At the same time tanya another klinik RM600. Tangguh lagi...mcm2 hal.

Last2 rabu tu on the way balik keja call diaorg kata blh dtg, terus pegi je la. Tak tanya harga plak time tu. Dah tunggu turn more than 30 minutes nurse panggil ckp harga dah naik RM750! Woww...ni mmg harga sekarang ke ek? Tanya husband dia kata buat je lah, lama dah menunggu turn baru cakap. So buat je la...ari ni Jumaat lebam bekas pasang tak hilang lg, ada lagi rasa sakit skit2. SEKIAN :P




Nota kaki:
Harap tak lupa login id & password lagi.

25 April, 2011

Update?

Huhhh...lama gilos tak jengok blog. Sampai lupa password.

25 March, 2011

Mana Satu...

Rasanya kena bele satu benda je dulu antara dua nie bulan ni, satu lagi next time.

mesin jahit tepi Singer *pic from google

Drier electrolux *pic from google

23 March, 2011

Menu Diet...kah?

Semalam berkobar2 nak kurus….tapi?
Ni menu seharian semalam 22 March 2011.

Breakfast: Sambil on PC, check & clear kan email makan ni…tak ingat la berapa keping dengan milo segelas.

Lunch: Whopper Jr set + Milo takde ais

Bedal benda alah ni sampai 3, sepanjang kat office

Dinner: Nasi dengan gulai lemak ikan aye (tongkol) + ikan goreng kecik. Pastu tambah lagi sambil suap si abang makan pulut sambil makan jugak. 80% maminya yg habiskan sbb abang makan nak amik syarat kena paksa makan je. Huwaaaaaa…buruk melantaknyaaa.


Conclusion-nya kat sini makan banyak tapi kurang minum. Minum manis plak tu. Tak ingat malam lepas makan tu minum air ke tak…minum skit je kot…ke tak minum langsung ntah?

22 March, 2011

Diet?

Bumped into diet page in Cari Forum...emmmmmm....ahhhhh....errrrghhhhh. I need to diet lah.
Semua jeans dah tak muat except 1 jeans baru. Baju2 & seluar kerja semua ketat! Gigih pakai walaupun hazab je rupanya...
Tak pernah terpiki nak diet, apalagi exercise, jogging dan sebagainya yg berkaitan dgn agenda mengurangkan berat badan ni. Tapi nampak gayanya perlu buat sesuatu sebelum terlambat..hehehee.

Faktor2 yg dikenalpasti penyebab kenaikan berat badanku:-

  1. bersalin anak ke-dua, berat turun lepas bersalain tp lepas about 6 mths + mula ler naik, naik naik.
  2. makan malam yang berat & lambat. Keja habis kul 6, lepas itu ini amik anak segala, sampai umah paling awal kul 7.30 mlm. Mandi manda semua, bagi anak makan dah almost kul 9mlm. Baru nak makan malam...lps makan ada lgi kunyah itu ini.
  3. no exercise, makan banyak tapi simpan lemak...uhhh camner tak gemuk (execise tak wujud dalam kamus hidupku)
  4. makan banyak..erkkk? banyak makan unhealthy food la rasanya. Contoh, pagi: nasi lemak + ayam Lunch: kalau keja sangat la unhealthy McD/Burger King/Nasi + lauk pauk berat kaw2 punya Petang: ada je makan biskut chipsmore/coklat bar/ xpun roti/ban apa saja berasaskan roti dlm keta on the way balik keja tu.
  5. ni pun satu lagi, few months back suka buat kek...org lain tak makan sgt sendiri makan..ahyaa!


And the plan to loss weight will be....................??

 1) Jogging ?


2) Exercise at gym?


3) Diet ?


Akan difikirkan....nantiiiiii.



07 March, 2011

Makan2

Makan mana? Ayam Penyet AP kt prima sri gombak. 1st time makan ayam penyet, rasa OK lah...& tak mahal.
Meh tengok2 menu dulu....
  




  

dah siap makan baru nak amik gambar..hehee

02 March, 2011

Size...

Lunch tadi ingat nak cari berus gigi si adik, tapi terlencong la plak. Pegi menyopping plak…sampai lupa nak beli berus gigi.

Dah aim lama dah baju ni sbb dah ada baju ni 2 helai, rasa cam best je utk jln2 & tak menunjukkan perkembangan badanku yang ketara. Uhhh ayat…dengan ayat mudanya tak nampak gemuk sgt pakai baju ni walaupun sepatutnya jenis badan aku tak blh pakai baju yg lengan kembang mcm ni. Tapi lengan baju ni blh dimaafkan lagi kot. Dah suka kan apa ku kesah besar atas pun.

Beli 3 helai lagi…ehh ada less 15% plak. Dulu beli takde less. Pegi office pun aku belasah gak baju ni..takde sesapa tegur lagi…kui..kui

Pastu menerai levis jeans lak. Yang ni memang dlm waiting & wishlist…try 4 helai 2 saiz setiap jenis. Aku amik Levis Demi Curve – Straight Leg. Walaupun rasa mcm tak fit to my size lagi…ada gap kat belakang pinggang, tp amik gak.
Balik office baru nak check Levis Website…try kuiz measurement diaorg…hahhhh…sesuai dengan Levis Bold Curve. Alaaa…laaahhh baru rasa menyesal suka-suka hati je melayan perasaan beli tanpa survey dulu. Padahal aku jenis kaki survey…tu la pasal time tengan ‘hangin’ pi menyopping sangat.

The best thing bab levis jean ni, dulu/current pakai saiz 29 (whattt?!) straight cut lelaki punya hehehe….tapi tadi try semua saiz 28…lastnya try 27…finally amik 27! Apakah?? Takdenya dah kurus balik, aku rasa sebab jean ni jenis stretchable kot…tu yg muat 27 kot. Coz aku yakin sgt dgn body turun naik ku ini. Skrg mmg tahap naik, naikk, dan naikkk lagiiii.

Zaman anak dara pakai jeans size 26 jer…dah kawin upgrade to 27 lak. Anak sorang aku still 27 lagi sampai anak dah masuk 3 tahun. Pastu upgrade lagi daaa…28...upgrade lagi 29!! Time ni ada pakai 28 ada 29. Sampai tahap tak muat langsung Levis size 29..alamak?? Oooooo rupanya pregnant laaa…phewwww patut la tak padan tapi gigih pakai gak time tu. Sedar2 time ketat yang amat tu dah pregnant 3 bln+ laa. Ada gambar plak tu time ni, pakai jeans ketat ni ketika mengandung.

Pas bersalin anak kedua, first 6 months blh pakai size 27 & 28. Now about 1 year + dah si adik tu…Size 27 Levis Demi Curve…yeaaaaaa...NO NO NO…not yeaaa to my body, yeayyyyy to the stretchable jeans. Sebab aku ada satu lagi seluar material stretchable ni blh muat smpai skrg size 26 jer…Giordano, best w/pun masa beli tu rasa mahal yg amat. Mungkin 4, 5 tahun yg lalu kot sbb baru ada anak je time tu = RM119. Now harga Levis 2 kali ganda!

Kesimpulannya :
Sesapa rasa pakai seluar ketat sana sini, carilah material stretchable yer puan2.

28 February, 2011

Jln2 cari tudung...(lagi?)

Weekend sempat jln2 kat jln tar. Xde beli apa pn. Tp sempat amik gambar..opss abang yg amik coz mammi takut nk angkat phone takut tokey kedai marah...ngehhh..ngehh..ngehhh


Banyak giler tudung...tak tau nak pesen apa

24 February, 2011

Fabrics

Order kain online lagi...from Fabricfanatics. Ada beberapa sewing projects dalam kepala. Berhasil ke tak project kali ni tak kira la...tapi kain tu sangat cun.






Yang bawah ni pun lawa tapi dah lebih bajet, lain kali plak...

10 February, 2011

Bubur lagi..dan lagi

Ni "bekal" ke nursery utk si kecik yg dah tak reti dok diam. Sebekas tu panaskan bagi 2, utk pagi & tengah hari. Yang malam dh siap asing bekas lain. Bubur nasi + sweet corn + potato + chicken + cheddar cheese. Sebab letak ayam so aku tumis bawang besar skit masuk ayam, pastu masuk beras. Beras dah masak masuk corn & potato. Last dah masak masuk cheese. Siap!

Corn yg beli kali ni manis sangat, tapi beli seketul kecik je kat pasar malam hari tu. Takut lambat habis nanti masam xblh pakai, malas nak frozenkan. Seketul sebijik tu masuk habis dlm bubur ni...manis je bau.

Sikecik tu dah setahun tp stil xblh makan yg tak blend. Blend kasar pun blh tersedak, termuntah makan. Siap "membuang" pun keras. Langkah keselamatan baik aku bagi blend je tak kasar tak halus. Maklum le org lain suapkan. Kalau hujung minggu suap sendiri blh le monitor sendiri.

31 January, 2011

Today is My Birthday!

Happy birthday to me!

What i want to do today is - will officially on YES to this setting>>>Let search engines find your blog? Sebelum ni dok diam2 kat internet yer...sendiri tulis blog untuk diri sendiri.


28 January, 2011

Mode malas

Mood friday yang malas...
Lunch 2 jam dok office jer, malas nak jalan2. Ingat nak pi cari kasut...buku...new jeans...MALASSSS....zzzzzz....opss yg ni tak boleh kat office yer.

25 January, 2011

All Sold Out!

Kan dah kata dah...Smlm aku dok cek website Sugarscarf sampai kul berapa tak ingat...tp lepas lunch kot xde apa2 pun. Time dlm keta nak balik rumah 6 ++ pm baru nampak ada update shawl baru. Terus order dgn gigihnya pakai iphone je. Tp pagi ni cek email dpt reply sold out...semua lak tu...huhhh :( Baru berangan nak beli baju baru nak maching dgn shawl baru...hehhh niat tak baik ke? Takde la dah lama tak beli baju.

Ni shawl yg aku order but sold out by Sugarscaft..cantik kan...tak akan dapat kat kedai2 tudung biasa la. Bagus diaorg ni.


cantik sungguh model ni, adik owner blog tu


baby's food

edited 

18 January, 2011

Serammm

Citer paling seram penah aku tengok

bla...bla...bla..
bla...bla...bla..
Nak tau lebih pegi cari movie tu. Aku tengok kat astro, macam biasa akan ada siaran ulangan berulang ulang ulang lagi 20x ulang pun still mata aku blur-kan tengok citer last ni. Makna nya aku memang tak nampak keseluruhan citer.